Iklan Pengambilan Pelatih GIATMARA Sesi Januari 2008

Adalah dipelawa memohon untuk mengikuti Latihan Kemahiran. Kursus yang ditawarkan adalah:

  • Pembantu Juruteknik Sistem Komputer.
  • Jurukecantikan (perempuan sahaja).

Kelayakan : -
  • Bumiputera.
  • Berumur antara 16 hingga 40 tahun.
  • Lepasan SRP/PMR / SPM / STPM / DIPLOMA / IJAZAH.
  • Boleh membaca, mengira dan menulis .
  • Sihat tubuh badan.
  • Berminat dalam bidang dipilih.

Kemudahan yang disediakan : -
  • Latihan Percuma.
  • Latihan sepenuh masa.
  • Elaun bulanan diberikan (bagi pelatih sepenuh masa).
  • Kemudahan menggunakan peralatan latihan.
  • Kemudahan peralatan sukan dan rekreasi.

Borang permohonan boleh didapati di Pejabat Pusat GIATMARA Sri Aman
(waktu pejabat).


TEMUDUGA TERBUKA :
  • TARIKH : 17 Disember 2007 / Isnin .
  • MASA : 9.00 pg – 1.00 tgh hari
  • TEMPAT : Pejabat Pentadbiran PGM Sri Aman

Aidilfitri 2007









Logo Baru GIATMARA

GIATMARA telah menggunakan logo baru dan memperkenalkan bendera GIATMARA. Semoga GIATMARA sentiasa maju jaya.

Logo GIATMARA



Bendera GIATMARA




Logo Web Pusat GIATMARA Sri Aman



Salam Kemerdekaan yang ke 50

Selamat menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 50.

Kembara Merdeka di Sri Aman, Sarwak





Malaysia

Bendera Malaysia


Lambang Negara




Malaysia ialah sebuah negara persekutuan yang terletak di Asia Tenggara. Malaysia mempunyai dua kawasan utama yang terpisah oleh Laut China Selatan; iaitu Semenanjung Malaysia, bersempadankan Thailand di utara dan Singapura di selatan; dan Malaysia Timur, bahagian utara Pulau Borneo yang bersempadan dengan Indonesia di selatan dan Brunei di utara. Malaysia adalah salah satu negara perintis ASEAN.

Sarawak

Bendera


Lambang




Negeri Sarawak atau juga dikenali sebagai Sarawak Bumi Kenyalang merupakan salah satu daripada 14 negeri (termasuk Wilayah Persekutuan yang membentuk Persekutuan Malaysia. Sarawak merupakan negeri yang terbesar di Malaysia. Kedua-dua Sarawak dan Sabah yang terletak di pulau Borneo biasanya digolongkan bersama sebagai Malaysia Timur.

Alumni Pusat GIATMARA Sri Aman

Alumni Pusat GIATMARA Sri Aman dibuat khas untuk lepasan pelatih dan kakitangan yang pernah menjadi warga PGM Sri Aman. Alumni ini menggunakan kemudahan yang disediakan oleh alumni.net.
Pelatih dialu-alukan untuk mendaftar. Alumni boleh dilawati di url ini : http://www.alumni.net/Asia/Malaysia/Sarawak/Sri_Aman/Pusat_Giatmara_Sri_Aman/

Aktiviti di dalam bengkel

Pemasangan Rangkaian Komputer




Pemasangan Komputer

Objektif GIATMARA

OBJEKTIF
  • Meningkatkan bilangan Bumiputera yang mempunyai kemahiran teknikal dan vokasional yang bersesuaian dengan keperluan negara
  • Menambahkan bilangan bakal usahawan Bumiputera yang berdaya saing di pasaran terbuka
  • Meningkatkan bilangan tenaga pengajar yang kompeten dan berkelayakan dalam bidang teknikal/vokasional
  • Meningkatkan keyakinan pihak 'stakeholder' dan industri terhadap keupayaan pelatih lepasan GIATMARA

Kemudahan Latihan di GIATMARA

Pelbagai kemudahan turut disediakan kepada pelatih yang mengikuti latihan di GIATMARA. Pelatih yang berdisiplin dan mempunyai kesungguhan yang tinggi akan diberi keutamaan untuk menggunakan segala kemudahan sepanjang tempoh pengajian. Di antara kemudahan latihan yang disediakan oleh pihak GIATMARA ialah:

* Latihan Percuma
* Elaun bulanan (sepenuh masa)
* Kemudahan menggunakan peralatan dan mesin
* Sukan dan Rekreasi
* Program Keusahawanan (selepas tamat latihan)

Gambar Pelatih GIATMARA Sri Aman Sesi Mei 2005

Senarai Kursus di GIATMARA Negeri Sarawak

1. Miri
  1. Teknologi Kimpalan dan Fabrikasi Logam
  2. Mekanik Kenderaan Motor
  3. Pembuat Pakaian Wanita
2. Batang Sadong
  1. Membaiki Motosikal
  2. Mekanik Kenderaan Motor
  3. Pembuat Pakaian Wanita
3. Bandar Kuching
  1. Pendawaian Elektrik Domestik
  2. Mengetuk dan Mengecat Kenderaan
  3. Pembuat Pakaian Wanita
  4. Teknologi Bangunan Berasaskan Batu-bata
4. Bukit Mas
  1. Mekanik Kenderaan Motor
  2. Pendawaian Elektrik Domestik
  3. Pembuat Pakaian Wanita
5. Oya (Mukah)
  1. Mekanik Kenderaan Motor
  2. Pendawaian Elektrik Domestik
6. Serian
  1. Hiasan Dalaman / Membuat Alas
  2. Pendawaian Elektrik Domestik
7. Saratok
  1. Teknologi Bangunan Berasaskan Batu-bata
  2. Mekanik Kenderaan Motor
  3. Pembuat Pakaian Wanita
8. Betong
  1. Pendawaian Elektrik Domestik
  2. Teknologi Kimpalan dan Fabrikasi Logam
9. Bintulu
  1. Mekanik Kenderaan Motor
  2. Mengetuk dan Mengecat Kenderaan
10. Samarahan
  1. Teknologi Bangunan Berasaskan Batu-bata
  2. Membaiki Motosikal
  3. Pendawaian Elektrik Domestik
11. Santubong
  1. Mekanik Kenderaan Motor
  2. Teknologi Kimpalan dan Fabrikasi Logam
  3. Teknologi Bangunan Berasaskan Batu-bata
  4. Pembuat Pakaian Wanita
12. Sibu
  1. Pendawaian Elektrik Domestik
  2. Pembuat Pakaian Wanita
13. Sarikei
  1. Teknologi Bangunan Berasaskan Batu-bata
  2. Mekanik Kenderaan Motor
14. Kuala Rejang
  1. Pembuat Pakaian Wanita
  2. Membaiki Motosikal
15. Mas Gading
  1. Pembuat Pakaian Wanita
  2. Teknologi Bangunan Berasaskan Batu-bata
16. Baram
  1. Membaiki Motosikal
  2. Mekanik Kenderaan Motor
17. Petra Jaya
  1. Pembantu Juruteknik Sistem Komputer
  2. Jurukecantikan & Pendandan Rambut
18. Lubok Antu
  1. Mekanik Kenderaan Motor
  2. Pembuat Pakaian Wanita
19. Batang Lupar
  1. Pembuat Pakaian Wanita
  2. Teknologi Bangunan Berasaskan Batu-bata
20. Sri Aman
  1. Pembantu Juruteknik Sistem Komputer
  2. Jurukecantikan & Pendandan Rambut
21. Julau
  1. Membaiki Motosikal
  2. Pembuat Pakaian Wanita
22. Kapit
  1. Membaiki Motosikal