Objektif GIATMARA

  • Meningkatkan bilangan Bumiputera yang mempunyai kemahiran teknikal dan vokasional yang bersesuaian dengan keperluan negara.
  • Menambahkan bilangan bakal usahawan Bumiputera yang berdaya saing di pasaran terbuka.
  • Meningkatkan bilangan tenaga pengajara yang kompeten dan berkelayakan dalam bidang teknikal / vokasional.
  • Meningkatkan keyakian pihak 'stakeholder' dan industri terhadap keupayaan pelatih lepasan GIATMARA.

Misi GIATMARA

Menyediakan latihan teknikal dan vokasional yang berkualiti dan memenuhi kehendak komuniti dan negara bagi mewujudkan tenaga mahir dan bakal usahawan yang berdaya saing.

Visi GIATMARA

Menjadikan Pusat Latihan Teknikal dan Vokasional sepanjang hayat yang terunggul di peringkat negara dan antarabangsa.

Iklan Pengambilan Pelatih GIATMARA Sesi Julai 2008 Dan Januari 2009

Iklan pengambilan pelatih GIATMARA Sesi Julai 2008 dan Sesi Januari 2009 akan dikeluarkan dalam akhbar tempatan dan dijangka akan dikeluarkan pada tarikh berikut:-

  1. BERITA MINGGUAN bertarikh 1 Jun 2008
  2. MINGGUAN MALAYSIA bertarikh 8 Jun 2008
  3. METRO AHAD bertarikh 15 Jun 2008
  4. BORNEO POST bertarikh 8 Jun 2008
  5. UTUSAN SARAWAK bertarikh 15 Jun 2008

Warga Baru GIATMARA Sri Aman

GIATMARA Sri Aman mengalu-alukan kehadiran 2 orang Tenaga Pengajar baru yang mula bertugas bermula 2 Mei yang lalu. Mereka masing-masing akan mengajar dalam kursus Pembantu Juruteknik Sistem Komputer dan Pereka Gaya Rambut dan Kecantikan.

1. En. Mohd Khairul Azha bin Haji Azahari - TP PJSK
2. Cik Sabrina binti Abdul Rahim - TP PGRK

Kami di GM Sri Aman mengucapkan Selamat Datang dan moga kehadiran mereka akan membawa pelbagai lagi perkembangan kepada GM Sri Aman

TAHNIAH...

Pertandingan Poco Poco Terbuka Bahagian Sri Aman, Sarawak.

Pasukan GM Sri Aman, Sarawak.


Program Gotong Royong oleh GIATMARA Sri Aman, Sarawak











Program Gotong Royong Oleh Kakitangan dan Pelatih GIATMARA Sri Aman Sesi Januari-Jun 2008 telah dijalankan di Surau Kg. Pangkat, Stumbin, Sri Aman.




Koleksi Gambar Program Sukan GM Sri Aman Sesi Jan-Jun 2008

Acara "Sampaikan".




Acara "Pusing-Pusing".













Aktiviti Sukaneka Pelatih GIATMARA Sri Aman Sesi 1/2008




Acara "Menara Perpaduan"

IKLAN PENGAMBILAN PELATIH GIATMARA Sesi Julai 2008

Adalah dipelawa memohon untuk mengikuti Latihan Kemahiran.
Kursus yang ditawarkan adalah:

1. Pembantu Juruteknik Sistem Komputer.
2. Jurukecantikan (perempuan sahaja).

Kelayakan : -
Bumiputera.
Berumur antara 16 hingga 40 tahun.
Lepasan SRP/PMR / SPM / STPM / DIPLOMA / IJAZAH.
Boleh membaca, mengira dan menulis .
Sihat tubuh badan.
Berminat dalam bidang dipilih.

Kemudahan yang disediakan : -
Latihan Percuma.
Latihan sepenuh masa.
Elaun bulanan diberikan (bagi pelatih sepenuh masa).
Kemudahan menggunakan peralatan latihan.
Kemudahan peralatan sukan dan rekreasi.

Borang permohonan boleh didapati di:

GIATMARA Sri Aman
Lot 179, Kuarters JKR
Jalan Astana
Sri Aman
Sarawak
(waktu pejabat)
Selamat Maju Jaya, terima kasih.