Laman Web GIATMARA Malaysia
Lawati laman web GIATMARA MALAYSIA yang serba baru dan interaktif.
Untuk melayari dan mengetahui berita terbaru tentang GIATMARA MALAYSIA, anda boleh terus melayari laman web berikut:
www.giatmara.edu.my

Untuk melayari dan mengetahui berita terbaru tentang GIATMARA MALAYSIA, anda boleh terus melayari laman web berikut:
www.giatmara.edu.my
Pameran Kemahiran :: Fiesta 45 Tahun Sarawak Maju Dalam Malaysia
GIATMARA Sri Aman dan GIATMARA Lubok Antu telah berkoleberasi dalam menjayakan pameran kemahiran sempena Fiesta 45 Tahun Sarawak Maju Dalam Malaysia. Fiesta anjuran Pejabat Residen Bahagian Sri Aman berlangsung dari 28 hingga 30 November lalu bertempat di Padang KPSU Sri Aman.

Anggota Kerja GM Sri Aman & GM Lubok Antu
GM Sri Aman & Lubok Antu diletakkan dalam kategori Pembangunan Pendidikan dan GIATMARA selaku satu-satunya Institut Latihan Kemahiran di Sri Aman, diberikan amanah menjayakan Segmen Pameran Kemahiran.

Khemah Sebelum Bermulanya Pameran

Pameran Sedang Berlangsung
Booth Pameran GIATMARA
Antara intipati pameran yang julung kali diadakan adalah:
- Maklumat Asas GIATMARA Malaysia
- Maklumat Asas GIATMARA Sri Aman & GIATMARA Lubok Antu
- Maklumat Kursus
- Khidmat Masyarakat : Solekan & Facial Percuma
- Khidmat Masyarakat : Servis Komputer Percuma
- Khidmat Masyarakat : Jahitan Percuma
- Pertandingan Solekan Dewasa & Kanak-Kanak
- Pertandingan Menduga Harga Komputer
- Pameran Live Setiap Kursus
- Promosi Pengambilan Pelatih

Pancaragam 13 RAMD

Gerai Menjual Makanan & Minuman

Antara Booth-Booth Pameran
GIATMARA Sri Aman juga dijemput oleh pihak RTM untuk mempromosikan program Sijil Kemahiran GIATMARA melalui siaran radio secara langsung.
Aktiviti kemuncak pameran pada jam 2 petang, dimulakan dengan gimik persembahan Tarian Perang oleh 13 RAMD kemudian disusuli dengan perasmian oleh Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu ak Numpang, Timbalan Ketua Menteri Sarawak.

Tarian Perang 13 RAMD

Pengurus GM Sri Aman dan GM Lubok Antu, En. Mohd Nazib Pabeli menerangkan tentang GIATMARA Malaysia kepada YB Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu ak Numpang, Timbalan Ketua Menteri Sarawak. Turut kelihatan, Residen Bahagian Sri Aman, Abang Shamshudin bin Abang Seruji.

YB Timbalan Ketua Menteri sempat berseloroh tentang sistem automotif.

YB Timbalan Ketua Menteri menandatangani buku pelawat di booth pameran GIATMARA.
Hujan yang lebat tidak mematahkan semangat kesemua anggota kerja dan pelatih GM Sri Aman dan GM Lubok Antu untuk menjayakan pameran ini. Kehadiran YB Timbalan Ketua Menteri turut menyerikan pameran GIATMARA kali ini.

Permohonan Kursus secara terbuka.
Perkhidmatan Mencukur Bulu Kening
Pertandingan Solekan Wanita Dewasa

Peserta yang telah selesai disolek.
Pertandingan Solekan Kanak-Kanak
Peserta yang telah selesai disolek.
Pameran dan Khidmat Masyarakat oleh GM Sri Aman terus mendapat perhatian sungguhpun pada sebelah malamnya, acara Hiburan disajikan di tapak pameran. Di sebelah paginya, ketika aktiviti sukan rakyat berlangsung, pameran masih juga berjalan sehingga melabuhkan tirainya pada jam 2 petang.

Pelatih Teknologi Sistem Komputer di Kaunter Servis dan Khidmat Nasihat Komputer

Pelatih Teknologi Sistem Komputer di Kaunter Servis dan Khidmat Nasihat Komputer
Secara keseluruhannya, pameran kali ini berjaya mencapai objektif dan dalam masa yang sama mempromosikan GIATMARA Malaysia kepada masyarakat umum.
Pengambilan Pelatih GIATMARA Sri Aman 2009
Sukacitanya dimaklumkan bahawa pengambilan pelatih untuk GIATMARA Sri Aman untuk sesi 2009 mula dibuka sekarang. Kami amat mengalu-alukan penyertaan belia BUMIPUTERA yang berminat untuk mengikuti kursus latihan teknikal di GIATMARA Sri Aman. Kursus yang ditawarkan adalah:
- Teknologi Sistem Komputer (TSK 15)
Dahulunya Pembantu Juruteknik Sistem Komputer
- Solekan & Terapi Kecantikan (STK 22)
Dahulunya Jurukecantikan
Justeru, seandainya anda memiliki kriteria berikut, anda laayak untuk memohon:
Kelayakan : -
- Bumiputera.
- Berumur antara 16 hingga 40 tahun.
- Lepasan SRP/PMR / SPM / STPM / DIPLOMA / IJAZAH.
- Boleh membaca, mengira dan menulis .
- Sihat tubuh badan.
- Berminat dalam bidang dipilih.
Kemudahan yang disediakan : -
- Latihan Percuma.
- Latihan sepenuh masa.
- Elaun bulanan diberikan (bagi pelatih sepenuh masa).
- Kemudahan menggunakan peralatan latihan.
- Kemudahan peralatan sukan dan rekreasi.
- Kemudahan Transit (Perempuan Sahaja)
Borang permohonan boleh didapati di:
GIATMARA Sri Aman
Lot 179, Kuarters JKR
Jalan Astana, 95000
Sri Aman, Sarawak
Sri Aman, Sarawak
(Waktu Pejabat Sahaja)
atau DOWNLOAD di sini.
Selamat Maju Jaya, terima kasih.
Selamat Maju Jaya, terima kasih.

