Laman Web GIATMARA Malaysia

Lawati laman web GIATMARA MALAYSIA yang serba baru dan interaktif.

Untuk melayari dan mengetahui berita terbaru tentang GIATMARA MALAYSIA, anda boleh terus melayari laman web berikut:

www.giatmara.edu.my




Pameran Kemahiran :: Fiesta 45 Tahun Sarawak Maju Dalam Malaysia


GIATMARA Sri Aman dan GIATMARA Lubok Antu telah berkoleberasi dalam menjayakan pameran kemahiran sempena Fiesta 45 Tahun Sarawak Maju Dalam Malaysia. Fiesta anjuran Pejabat Residen Bahagian Sri Aman berlangsung dari 28 hingga 30 November lalu bertempat di Padang KPSU Sri Aman.


Anggota Kerja GM Sri Aman & GM Lubok Antu

GM Sri Aman & Lubok Antu diletakkan dalam kategori Pembangunan Pendidikan dan GIATMARA selaku satu-satunya Institut Latihan Kemahiran di Sri Aman, diberikan amanah menjayakan Segmen Pameran Kemahiran.


Khemah Sebelum Bermulanya Pameran


Pameran Sedang Berlangsung


Booth Pameran GIATMARA


Antara intipati pameran yang julung kali diadakan adalah:
  • Maklumat Asas GIATMARA Malaysia
  • Maklumat Asas GIATMARA Sri Aman & GIATMARA Lubok Antu
  • Maklumat Kursus
  • Khidmat Masyarakat : Solekan & Facial Percuma
  • Khidmat Masyarakat : Servis Komputer Percuma
  • Khidmat Masyarakat : Jahitan Percuma
  • Pertandingan Solekan Dewasa & Kanak-Kanak
  • Pertandingan Menduga Harga Komputer
  • Pameran Live Setiap Kursus
  • Promosi Pengambilan Pelatih

Pancaragam 13 RAMD


Gerai Menjual Makanan & Minuman


Antara Booth-Booth Pameran

GIATMARA Sri Aman juga dijemput oleh pihak RTM untuk mempromosikan program Sijil Kemahiran GIATMARA melalui siaran radio secara langsung.

Aktiviti kemuncak pameran pada jam 2 petang, dimulakan dengan gimik persembahan Tarian Perang oleh 13 RAMD kemudian disusuli dengan perasmian oleh Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu ak Numpang, Timbalan Ketua Menteri Sarawak.


Tarian Perang 13 RAMD


Pengurus GM Sri Aman dan GM Lubok Antu, En. Mohd Nazib Pabeli menerangkan tentang GIATMARA Malaysia kepada YB Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu ak Numpang, Timbalan Ketua Menteri Sarawak. Turut kelihatan, Residen Bahagian Sri Aman, Abang Shamshudin bin Abang Seruji.


YB Timbalan Ketua Menteri sempat berseloroh tentang sistem automotif.


YB Timbalan Ketua Menteri menandatangani buku pelawat di booth pameran GIATMARA.

Hujan yang lebat tidak mematahkan semangat kesemua anggota kerja dan pelatih GM Sri Aman dan GM Lubok Antu untuk menjayakan pameran ini. Kehadiran YB Timbalan Ketua Menteri turut menyerikan pameran GIATMARA kali ini.


Permohonan Kursus secara terbuka.


Perkhidmatan Mencukur Bulu Kening


Pertandingan Solekan Wanita Dewasa


Peserta yang telah selesai disolek.


Pertandingan Solekan Kanak-Kanak


Peserta yang telah selesai disolek.


Pameran dan Khidmat Masyarakat oleh GM Sri Aman terus mendapat perhatian sungguhpun pada sebelah malamnya, acara Hiburan disajikan di tapak pameran. Di sebelah paginya, ketika aktiviti sukan rakyat berlangsung, pameran masih juga berjalan sehingga melabuhkan tirainya pada jam 2 petang.


Pelatih Teknologi Sistem Komputer di Kaunter Servis dan Khidmat Nasihat Komputer



Pelatih Teknologi Sistem Komputer di Kaunter Servis dan Khidmat Nasihat Komputer

Secara keseluruhannya, pameran kali ini berjaya mencapai objektif dan dalam masa yang sama mempromosikan GIATMARA Malaysia kepada masyarakat umum.

Pengambilan Pelatih GIATMARA Sri Aman 2009

Sukacitanya dimaklumkan bahawa pengambilan pelatih untuk GIATMARA Sri Aman untuk sesi 2009 mula dibuka sekarang. Kami amat mengalu-alukan penyertaan belia BUMIPUTERA yang berminat untuk mengikuti kursus latihan teknikal di GIATMARA Sri Aman. Kursus yang ditawarkan adalah:
  • Teknologi Sistem Komputer (TSK 15)
Dahulunya Pembantu Juruteknik Sistem Komputer
  • Solekan & Terapi Kecantikan (STK 22)
Dahulunya Jurukecantikan

Justeru, seandainya anda memiliki kriteria berikut, anda laayak untuk memohon:

Kelayakan : -
  • Bumiputera.
  • Berumur antara 16 hingga 40 tahun.
  • Lepasan SRP/PMR / SPM / STPM / DIPLOMA / IJAZAH.
  • Boleh membaca, mengira dan menulis .
  • Sihat tubuh badan.
  • Berminat dalam bidang dipilih.

Kemudahan yang disediakan : -
  • Latihan Percuma.
  • Latihan sepenuh masa.
  • Elaun bulanan diberikan (bagi pelatih sepenuh masa).
  • Kemudahan menggunakan peralatan latihan.
  • Kemudahan peralatan sukan dan rekreasi.
  • Kemudahan Transit (Perempuan Sahaja)

Borang permohonan boleh didapati di:

GIATMARA Sri Aman
Lot 179, Kuarters JKR
Jalan Astana, 95000
Sri Aman, Sarawak

(Waktu Pejabat Sahaja)

atau DOWNLOAD di sini.
Selamat Maju Jaya, terima kasih.

Penggunaan Nama-Nama Kursus Mengikut Kluster Dan Tempoh Latihan

Pekeliling Pentadbiran ini berkuatkuasa 1 November 2008. Pekeliling Pentadbiran Bil.34/2008 adalah dirujuk.

Penggunaan nama-nama kursus baru ini akan digunakan sepenuhnya bermula pada pengambilan Januari 2009.

Berikut adalah kursus-kursus yang terdapat di GIATMARA Sri Aman, Sarawak:

Modul Powerpoint Kursus Teknologi Sistem Komputer



Click Here to Download

Program Terus Ke IKM Pengambilan Januari 2009

Program ini adalah terbuka kepada pelatih-pelatih yang mempunyai kelayakan SPM boleh memohon untuk kemasukkan terus ke IKM tanpa melalui program artikulasi untuk kemasukan Januari 2009.

Syarat-Syarat Kemasukan Terus Ke IKM

1. Mempunyai Sijil GIATMARA hanya dalam bidang-bidang seperti berikut
  • Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara
  • Elektronik Industri
  • Juruteknik Sistem Komputer
  • Teknologi Binaan Bangunan
  • Teknologi Elektrik Domestik
  • Fabrikasi Logam dan Kimpalan
  • Teknologi Perabot
  • Teknologi Lanskap
  • Hiasan Dalaman / Pembuat Alas
  • Industrial Maintenance
2. Memiliki sekurang-kurangnya Sijil Pendidikan Malaysia (SPM)
3. Mendapat kebenaran daripada keluarga / ibubapa.
4. Semua calon dikehendaki mengisi dengan lengkap lampiran *borang permohonan yang
disertakan beserta pengesahan dari Pengurus GIATMARA beserta sijil-sijil yang diperlukan.

MAKLUMAT PROGRAM DAN PENEMPATAN
  1. Pelatih yang berjaya akan ditempatkan terus ke Semester 2 di IKM Sik, Kedah.
  2. Kadar elaun pelatih am adalah selaras dengan kadar elaun yang diterima oleh pelatih IKM sedia ada.
Bekas lepasan pelatih-pelatih GIATMARA Sri Aman yang berminat untuk mengikuti program ini amatlah dialu-alukan dan sekiranya berminat boleh mendapatkan borang ini di GIATMARA Sri Aman. Tarikh tutup permohonan ini adalah sebelum 30 Oktober 2008 ini.

Imej Baru Blog GM Sri Aman


Pertukaran Anggota Kerja GM Sri Aman

En. Syed Safian bin Syed Ali, Penyelenggara Stor GM Sri Aman telah bertukar ke GM Samarahan berkuatkuasa 1 Mei 2008 yang lalu. Pertukaran beliau ke tempat yang baru adalah pada 1 Julai 2008.

En. Syed Safian bin Syed Ali

Organisasi Pentadbiran GIATMARA Sri Aman 2008 (Terkini)

Pengurus
Mohd Nazib bin Pabeli

Pembantu Tadbir
Rosni Binti Wahid

Penyelenggara Stor
-

Kursus Pembantu Juruteknik Sistem Komputer
Tenaga Pengajar

  1. Mohd Khairul Azha bin Haji Azahari
Kursus Pereka Gaya Rambut Dan Kecantikan
Tenaga Pengajar

1. Halizah Binti Ngatijo
2. Sabrina binti Abd Rahim

Foto Kursus GM Sri Aman

Foto Pelatih GM Sri Aman Sesi Jan-Jun 2008


Pembantu Juruteknik Sistem Komputer


Jurukecantikan




Majlis Penyampaian Sijil Kemahiran GIATMARA Sesi Januari-Jun 2008 :: GM Sri Aman & GM Lubok Antu


Majlis Penyampaian Sijil Kemahiran GIATMARA Sesi Januari-Jun 2008 bagi GIATMARA Sri Aman dan GIATMARA Lubok Antu telah diadakan pada 26 Jun 2008. Majlis apresiasi ini adalah julung kali diadakan diantara kedua-dua GM ini.

Pelatih-pelatih yang menerima sijil adalah dari kursus Pembantu Juruteknik Sistem Komputer (PJSK) dan Jurukecantikan (JK) untuk GM Sri Aman. Manakala dari GM Lubok Antu, pelatih-pelatih yang menerima sijil adalah dari kursus Teknologi Automotif (TA) dan Jahitan Pakaian (JP).

Majlis yang dihadiri oleh wakil Pejabat Daerah, wakil Jabatan-Jabatan Kerajaan serta Ketua Masyarakat diserikan dengan persembahan koir "Di Mercu" dari GM Sri Aman dan sketsa jua koir "Warisan" dari GM Lubok Antu.

Koir "Warisan" dari GM Sri Aman

Kemuncak majlis adalah dengan penganugerahan Anugerah Kehadiran Terbaik, Anugerah Pelatih Amali Terbaik dan Pelatih Keseluruhan Terbaik. Antara penerima anugerah-anugerah tersebut ialah:


Anugerah Kehadiran Terbaik

1. Kelvin Julian (PJSK)
2. Hajibah Ramli (JK)

Anugerah Pelatih Amali Terbaik

1. Hafiana Azmain (PJSK)
2. Magdeline Anyai (JK)
3.
4.

Pelatih Amali Terbaik GM Sri Aman

Anugerah Pelatih Keseluruhan Terbaik

1. Awang Mohd Azwan (PJSK)
2. Sabariah Abg Deni (JK)
3.
4.

Pelatih Keseluruhan Terbaik GM Sri Aman

Pelatih Keseluruhan Terbaik GM Lubok Antu

Majlis berakhir dengan penyampaian cenderahati dari GIATMARA kepada wakil Pejabat Daerah oleh Pengurus GM Sri Aman-Lubok Antu, En. Mohd Nazib bin Pabeli.

Penyampaian cenderahati kepada wakil dari Pejabat Daerah.

Staf GM Sri Aman & GM Lubok Antu


Objektif GIATMARA

  • Meningkatkan bilangan Bumiputera yang mempunyai kemahiran teknikal dan vokasional yang bersesuaian dengan keperluan negara.
  • Menambahkan bilangan bakal usahawan Bumiputera yang berdaya saing di pasaran terbuka.
  • Meningkatkan bilangan tenaga pengajara yang kompeten dan berkelayakan dalam bidang teknikal / vokasional.
  • Meningkatkan keyakian pihak 'stakeholder' dan industri terhadap keupayaan pelatih lepasan GIATMARA.

Misi GIATMARA

Menyediakan latihan teknikal dan vokasional yang berkualiti dan memenuhi kehendak komuniti dan negara bagi mewujudkan tenaga mahir dan bakal usahawan yang berdaya saing.

Visi GIATMARA

Menjadikan Pusat Latihan Teknikal dan Vokasional sepanjang hayat yang terunggul di peringkat negara dan antarabangsa.

Iklan Pengambilan Pelatih GIATMARA Sesi Julai 2008 Dan Januari 2009

Iklan pengambilan pelatih GIATMARA Sesi Julai 2008 dan Sesi Januari 2009 akan dikeluarkan dalam akhbar tempatan dan dijangka akan dikeluarkan pada tarikh berikut:-

  1. BERITA MINGGUAN bertarikh 1 Jun 2008
  2. MINGGUAN MALAYSIA bertarikh 8 Jun 2008
  3. METRO AHAD bertarikh 15 Jun 2008
  4. BORNEO POST bertarikh 8 Jun 2008
  5. UTUSAN SARAWAK bertarikh 15 Jun 2008

Warga Baru GIATMARA Sri Aman

GIATMARA Sri Aman mengalu-alukan kehadiran 2 orang Tenaga Pengajar baru yang mula bertugas bermula 2 Mei yang lalu. Mereka masing-masing akan mengajar dalam kursus Pembantu Juruteknik Sistem Komputer dan Pereka Gaya Rambut dan Kecantikan.

1. En. Mohd Khairul Azha bin Haji Azahari - TP PJSK
2. Cik Sabrina binti Abdul Rahim - TP PGRK

Kami di GM Sri Aman mengucapkan Selamat Datang dan moga kehadiran mereka akan membawa pelbagai lagi perkembangan kepada GM Sri Aman

TAHNIAH...

Pertandingan Poco Poco Terbuka Bahagian Sri Aman, Sarawak.

Pasukan GM Sri Aman, Sarawak.


Program Gotong Royong oleh GIATMARA Sri Aman, Sarawak











Program Gotong Royong Oleh Kakitangan dan Pelatih GIATMARA Sri Aman Sesi Januari-Jun 2008 telah dijalankan di Surau Kg. Pangkat, Stumbin, Sri Aman.




Koleksi Gambar Program Sukan GM Sri Aman Sesi Jan-Jun 2008

Acara "Sampaikan".




Acara "Pusing-Pusing".