GIATMARA Sri Aman dan GIATMARA Lubok Antu telah berkoleberasi dalam menjayakan pameran kemahiran sempena Fiesta 45 Tahun Sarawak Maju Dalam Malaysia. Fiesta anjuran Pejabat Residen Bahagian Sri Aman berlangsung dari 28 hingga 30 November lalu bertempat di Padang KPSU Sri Aman.
Anggota Kerja GM Sri Aman & GM Lubok AntuGM Sri Aman & Lubok Antu diletakkan dalam kategori Pembangunan Pendidikan dan GIATMARA selaku satu-satunya Institut Latihan Kemahiran di Sri Aman, diberikan amanah menjayakan Segmen Pameran Kemahiran.
Khemah Sebelum Bermulanya PameranPameran Sedang BerlangsungBooth Pameran GIATMARAAntara intipati pameran yang julung kali diadakan adalah:
- Maklumat Asas GIATMARA Malaysia
- Maklumat Asas GIATMARA Sri Aman & GIATMARA Lubok Antu
- Maklumat Kursus
- Khidmat Masyarakat : Solekan & Facial Percuma
- Khidmat Masyarakat : Servis Komputer Percuma
- Khidmat Masyarakat : Jahitan Percuma
- Pertandingan Solekan Dewasa & Kanak-Kanak
- Pertandingan Menduga Harga Komputer
- Pameran Live Setiap Kursus
- Promosi Pengambilan Pelatih
Pancaragam 13 RAMDGerai Menjual Makanan & MinumanAntara Booth-Booth PameranGIATMARA Sri Aman juga dijemput oleh pihak RTM untuk mempromosikan program Sijil Kemahiran GIATMARA melalui siaran radio secara langsung.
Aktiviti kemuncak pameran pada jam 2 petang, dimulakan dengan gimik persembahan Tarian Perang oleh 13 RAMD kemudian disusuli dengan perasmian oleh Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu ak Numpang, Timbalan Ketua Menteri Sarawak.
Tarian Perang 13 RAMD
Pengurus GM Sri Aman dan GM Lubok Antu, En. Mohd Nazib Pabeli menerangkan tentang GIATMARA Malaysia kepada YB Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu ak Numpang, Timbalan Ketua Menteri Sarawak. Turut kelihatan, Residen Bahagian Sri Aman, Abang Shamshudin bin Abang Seruji.
YB Timbalan Ketua Menteri sempat berseloroh tentang sistem automotif.YB Timbalan Ketua Menteri menandatangani buku pelawat di booth pameran GIATMARA.Hujan yang lebat tidak mematahkan semangat kesemua anggota kerja dan pelatih GM Sri Aman dan GM Lubok Antu untuk menjayakan pameran ini. Kehadiran YB Timbalan Ketua Menteri turut menyerikan pameran GIATMARA kali ini.
Permohonan Kursus secara terbuka.
Perkhidmatan Mencukur Bulu Kening
Pertandingan Solekan Wanita Dewasa
Peserta yang telah selesai disolek.
Pertandingan Solekan Kanak-Kanak
Peserta yang telah selesai disolek.Pameran dan Khidmat Masyarakat oleh GM Sri Aman terus mendapat perhatian sungguhpun pada sebelah malamnya, acara Hiburan disajikan di tapak pameran. Di sebelah paginya, ketika aktiviti sukan rakyat berlangsung, pameran masih juga berjalan sehingga melabuhkan tirainya pada jam 2 petang.
Pelatih Teknologi Sistem Komputer di Kaunter Servis dan Khidmat Nasihat KomputerPelatih Teknologi Sistem Komputer di Kaunter Servis dan Khidmat Nasihat KomputerSecara keseluruhannya, pameran kali ini berjaya mencapai objektif dan dalam masa yang sama mempromosikan GIATMARA Malaysia kepada masyarakat umum.