PERATURAN TATATERTIB DAN DISIPLIN PELATIH PUSAT GIATMARA

1. Pelatih dikehendaki sentiasa berkelakuan baik sepanjang latihan dan mestilah mematuhi kepada PERATURAN TATATERTIB DAN DISIPLIN PELATIH PUSAT GIATMARA.

2. Pada sepanjang latihan itu. Pelatih tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam apa-apa jua kegiatan luar yang sedang diikutinya atau disertainya mahupun ingin menyertainya kerana ia boleh mengganggu sesi latihan.

3. Pelatih yang mengikuti latihan di Pusat GIATMARA diwajibkan mengikuti program jadual yang telah ditetapkan oleh Pentadbiran Am Pengurusan GIATMARA dan sedia patuh akan peraturan berkenaan tanpa bantahan.

4. Jadual kedatangan adalah keutamaan Pusat GIATMARA, semua pelatih diwajibkan untuk hadir ke Pusat GIATMARA mengikut jadual yang telah ditetapkan. Penyingkiran akan dilakukan sekiranya pelatih tidak dapat mengikut arahan berkenaan serta tidak hadir berturut-turut tiga hari tanpa sebab yang munasabah atau mendapat surat kebenaran yang boleh dipercayai.

5. Semasa berada di dalam waktu latihan pelatih dikehendaki sentiasa berpakaian kemas (mengikut kesesuaian suasana latihan) setiap masa. Baju 'T' latihan boleh didapati daripada pihak Pusat GIATMARA.

6. Pas Pengenalan atau Tag Nama hendaklah sentiasa disematkan pada baju 'T' atau latihan setiap masa apabila berada di dalam Pusat GIATMARA.

7. Pelatih dimestikan menghadirkan diri di dalam perhimpunan pagi serta mengikuti latihan ko-kurikulum, latihan kawad, senaman pagi dan gotong-royong.

8. Pada sepanjang waktu membuat latihan Pelatih TIDAK dibenarkan:

a) Memakai pakaian 'Trek Suit' kecuali semasa waktu bersukan.
b) Memakai selipar, sandal dan kasut bertumit tinggi, gunakan kasut bertumit rendah, kasut getah atau yang bersesuaian dengan latihan bagi keselamatan pelatih.
c) Merokok di dlaam kawasan Pusat GIATMARA.
d) Terbabit atau terlibat di dalam kancah dadah, membawa serta meminum minumam keras yang memabukkan, berjudi dan sebagainya yang mana boleh mengaibkan nama mana-mana pihak.
e) Memakai barang kemasseperti subang dan rantai bagi pelatih lelaki.
f) Menimbulkan atan mencetuskan hal-hal serta perkarayang boleh menyebabkan wujudnya pergaduhan atau perkelahian di antara sesama pelatih.
g) Berada di dalam bengkel atau bilik kuliah kursus pihak lain tanpa urusan atau mendapatkan kebenaran daripada guru kelas.
h) Makan atau minum di dalam bengkel atau bilik kuliah. Dewan kuliah telah disediakan.

9. Bagi pelatih perempuan diwajidkan memakai kai tudung atau mini telekung semasa berada di dalam kawasan Pusat dan di dalam waktu latihan.

10.Bagi memjamin keselamatan pelatih, pergerakan pelatih hendaklah diberitahu atau dimaklumkan kepada guru kursus atau guru bengkel apabila hendak keluar dari kawasan Pusat semasa waktu latihan. bagi memudahkan urusan berkenaan, Kad Pergerakan Pelatih akan diedarkan kepada pelatih.

11.Cuti sakit hendaklah dimaklumkan seawal mungkin setelah mendapat kebenaran dari pihak hospital atau klinik kerajaan. Tanpa berbuat demikian tindkan disiplin akan diambil.

12.Selepas tamat waktu latihan, pelatih tidak dibenarkan berada di dalam kawasan Pusat GIATMAR kecuali ditemani oleh guru kursus berkenaan.

13.Peralatan kerja bengkel dan peralatan sukan tidak dibenarkan sama sekali dibawa keluar dari kawasan Pusat GIATMARA tanpa kebenaran guru bengkel atau guru sukan.

14.Setiap aktiviti atau latihan projek luar yang hendak disenggarakan atau dikerjakan hendaklah mendapat kebenaran serta perlu memohon 2 hari dari tarikh yang diperlukan dari pihak Pengurus Pusat GIATMARA terlebih dahulu.

15.Pelawat, tetamu, kaum keluarga dan sebagainya yang hendak berurusan dengan pelatih hendaklah memaklumkan serta mendapat kebenaran dari pihak Pengurusan terlebih dahulu dan tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam bengkel. Bilik perjumpaan telah disediakan untuk urusan berkenaan.

16.Sekiranya ada pelatih yang mempunyai masalah atau persoalan yang hendak dikemukakan boleh berbuat demikian kepada guru kursus atau mana-mana guru yang difikirkan sesuai untuk merujuk masalah berkenaan.

17.Apabila hendak membuat perjumpaan peribadi dengan Pengurus Pusat GIATMARA hendaklah memaklumkan serta mendapat kebenaran melalui guru kursus atau guru bengkel terlebih dahulu.

18.Kenderaan Pelatih hendaklah ditempatkan di kawasan atau tempat letak kenderaan yang telah disediakan Pelatih.

19.Pihak GIATMARA tidak akan bertanggungjawab di atas sesuatu kecederaan, kemalangan atau kematian yang berpunca dari kelalaian atau kecuaian atau ketidak kesempurnaan kerja yang dilakukan berbangkit daripada sesuatu kejadian kepada Pelatih oleh pihak GIATMARA, wakil-wakilnya atau pekerja-pekerjanya semasa melaksanakan kerja-kerja yang dilakukan mereka.

20.Dalam hal-hal berkenaan dengan keselamtan Pelatih dalam latihan, Pelatih adalah dimestikan membeli Insuran Berkelompok.

Jika didapati bahawa Pelatih telah tidak mematuhi apa-apa kehendak atau syarat yang dibuat di atas, kecuali telah mendapat kebenaran Pihak GIATMARA, maka dan dalam mana-mana hal yang demikian itu bolehlah Pihak GIATMARA mengikut budi-bicaranya yang mutlak memberhentikan latihannya atau di mana difikirkan perlu Pelatih dikenakan tindakan disiplin yang sewajarnya.

Dalam mana-mana hal yang menjadikan Pelatih diberhentikan latihannya maka Pelatih tidak berhak kepada apa-apa faedah di bawah Perjanjian GIATMARA, Pelatih dan Penjamin-penjamin hendaklah bertanggungjawab untuk membayar balik segala ganti rugi berupa wang kepada GIATMARA.

Dalam hal perkara diatas adalah Peraturan-Peraturan dan Syarat-Syarat tambahan kepada yang sedia ada.

35 comments:

Unknown said...

telfon bleh bwk x?

Unknown said...

Boleh

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Kalau rambut panjang and berfesyen kena amik tindakan x?

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Kene botak ke ?

Unknown said...

Salam.. siapa yg boleh jadi penjamin?

Unknown said...

Salam.. siapa yg boleh jadi penjamin?

Unknown said...

Kalau seorang tu dia berhenti mengejut dri giat.. Kalau dia mohon giat ditempat lain dpt x?

Unknown said...

Kalau kita berhenti mengejut, kita kene bayar sepanjang pengajian yg kita hadir ataupun bayar semua sekali ?

Unknown said...

Kalau rambut panjang tpi kemas boleh x?

Unknown said...

Rmbut panjang tapi nmpak kemas boleh x??

Unknown said...

Blh tnya? Kalau rmbut pnjang tpi kemas..kena potng x??

Fizah said...

kalau nk mohon cuti, atas urusan penting keluarga tapi tidak mendapat kelulusan daripada guru kursus mcm mana ye? Apa yg perlu parent pelajar blh buat?

Unknown said...

Pelatih perempuan boleh pakai make up tak

Hazman said...

nak tnye kalau pelatih berhenti mengejut kne bayar semua sekli ke?

Anonymous said...

Kalau x habiskan kursus (contohnya kursus 6 bulan belajar, 3 bulan praktikal tpi stop smpai bulan ke-5) kena bayar balik duit untuk semua bulan ke? Atau bayar balik duit yg dh kita dpt?

Unknown said...

kalau ada tattoo boleh masuk giat mara tak ?

Unknown said...

kalau ada tattoo boleh masuk giat mara tak ?

Unknown said...

Pelajar perempuan boleh pkai make up tak?

Unknown said...

Kalau guru bercinta dengan pelatih dalam kawasan sekolah..apa tindakan yang sewajarnya

Anonymous said...

Boleh ke rambut panjang?

Unknown said...

Boleh ke perempuan makeup

Unknown said...

kalau bertatoo, dibenarkan masuk giatmra atau tidak?

Anonymous said...

Kalau nak berhenti nak ambil kemahiran lain kena bayar ke

Anonymous said...

Nak tnya untuk perempuan wajib ke pakai tudung?

Anonymous said...

kalau warnakan rambut boleh tak?

Anonymous said...

Wala tabarajna tabarujal jahiliyyatil uula

Anonymous said...

Henphone bole bawa tak? Mohon jawab

Anonymous said...

Rambut kene ikut standard sekolah ke maaf tanya

adam nizam said...

hi, saya nak masuk giat culinary next year january, boleh saya tahu, rambut kemas tapi panjang boleh ke? balasan dari tuan, saya sangat hargai

Anonymous said...

Tak boleh

Anonymous said...

Wajib kalau tak nak masuk neraka

Anonymous said...

Boleh je , tapi nanti kenak gunting dengan cikgu lah

Anonymous said...

Ni nak Bercinta ke nak , belajar , kalau macam ni punye kes , Sebat je dua ii tu