Majlis Penyampaian Sijil Kemahiran GIATMARA Sesi Januari-Jun 2008 :: GM Sri Aman & GM Lubok Antu


Majlis Penyampaian Sijil Kemahiran GIATMARA Sesi Januari-Jun 2008 bagi GIATMARA Sri Aman dan GIATMARA Lubok Antu telah diadakan pada 26 Jun 2008. Majlis apresiasi ini adalah julung kali diadakan diantara kedua-dua GM ini.

Pelatih-pelatih yang menerima sijil adalah dari kursus Pembantu Juruteknik Sistem Komputer (PJSK) dan Jurukecantikan (JK) untuk GM Sri Aman. Manakala dari GM Lubok Antu, pelatih-pelatih yang menerima sijil adalah dari kursus Teknologi Automotif (TA) dan Jahitan Pakaian (JP).

Majlis yang dihadiri oleh wakil Pejabat Daerah, wakil Jabatan-Jabatan Kerajaan serta Ketua Masyarakat diserikan dengan persembahan koir "Di Mercu" dari GM Sri Aman dan sketsa jua koir "Warisan" dari GM Lubok Antu.

Koir "Warisan" dari GM Sri Aman

Kemuncak majlis adalah dengan penganugerahan Anugerah Kehadiran Terbaik, Anugerah Pelatih Amali Terbaik dan Pelatih Keseluruhan Terbaik. Antara penerima anugerah-anugerah tersebut ialah:


Anugerah Kehadiran Terbaik

1. Kelvin Julian (PJSK)
2. Hajibah Ramli (JK)

Anugerah Pelatih Amali Terbaik

1. Hafiana Azmain (PJSK)
2. Magdeline Anyai (JK)
3.
4.

Pelatih Amali Terbaik GM Sri Aman

Anugerah Pelatih Keseluruhan Terbaik

1. Awang Mohd Azwan (PJSK)
2. Sabariah Abg Deni (JK)
3.
4.

Pelatih Keseluruhan Terbaik GM Sri Aman

Pelatih Keseluruhan Terbaik GM Lubok Antu

Majlis berakhir dengan penyampaian cenderahati dari GIATMARA kepada wakil Pejabat Daerah oleh Pengurus GM Sri Aman-Lubok Antu, En. Mohd Nazib bin Pabeli.

Penyampaian cenderahati kepada wakil dari Pejabat Daerah.

Staf GM Sri Aman & GM Lubok Antu


0 comments: