PERATURAN TATATERTIB DAN DISIPLIN PELATIH PUSAT GIATMARA

1. Pelatih dikehendaki sentiasa berkelakuan baik sepanjang latihan dan mestilah mematuhi kepada PERATURAN TATATERTIB DAN DISIPLIN PELATIH PUSAT GIATMARA.

2. Pada sepanjang latihan itu. Pelatih tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam apa-apa jua kegiatan luar yang sedang diikutinya atau disertainya mahupun ingin menyertainya kerana ia boleh mengganggu sesi latihan.

3. Pelatih yang mengikuti latihan di Pusat GIATMARA diwajibkan mengikuti program jadual yang telah ditetapkan oleh Pentadbiran Am Pengurusan GIATMARA dan sedia patuh akan peraturan berkenaan tanpa bantahan.

4. Jadual kedatangan adalah keutamaan Pusat GIATMARA, semua pelatih diwajibkan untuk hadir ke Pusat GIATMARA mengikut jadual yang telah ditetapkan. Penyingkiran akan dilakukan sekiranya pelatih tidak dapat mengikut arahan berkenaan serta tidak hadir berturut-turut tiga hari tanpa sebab yang munasabah atau mendapat surat kebenaran yang boleh dipercayai.

5. Semasa berada di dalam waktu latihan pelatih dikehendaki sentiasa berpakaian kemas (mengikut kesesuaian suasana latihan) setiap masa. Baju 'T' latihan boleh didapati daripada pihak Pusat GIATMARA.

6. Pas Pengenalan atau Tag Nama hendaklah sentiasa disematkan pada baju 'T' atau latihan setiap masa apabila berada di dalam Pusat GIATMARA.

7. Pelatih dimestikan menghadirkan diri di dalam perhimpunan pagi serta mengikuti latihan ko-kurikulum, latihan kawad, senaman pagi dan gotong-royong.

8. Pada sepanjang waktu membuat latihan Pelatih TIDAK dibenarkan:

a) Memakai pakaian 'Trek Suit' kecuali semasa waktu bersukan.
b) Memakai selipar, sandal dan kasut bertumit tinggi, gunakan kasut bertumit rendah, kasut getah atau yang bersesuaian dengan latihan bagi keselamatan pelatih.
c) Merokok di dlaam kawasan Pusat GIATMARA.
d) Terbabit atau terlibat di dalam kancah dadah, membawa serta meminum minumam keras yang memabukkan, berjudi dan sebagainya yang mana boleh mengaibkan nama mana-mana pihak.
e) Memakai barang kemasseperti subang dan rantai bagi pelatih lelaki.
f) Menimbulkan atan mencetuskan hal-hal serta perkarayang boleh menyebabkan wujudnya pergaduhan atau perkelahian di antara sesama pelatih.
g) Berada di dalam bengkel atau bilik kuliah kursus pihak lain tanpa urusan atau mendapatkan kebenaran daripada guru kelas.
h) Makan atau minum di dalam bengkel atau bilik kuliah. Dewan kuliah telah disediakan.

9. Bagi pelatih perempuan diwajidkan memakai kai tudung atau mini telekung semasa berada di dalam kawasan Pusat dan di dalam waktu latihan.

10.Bagi memjamin keselamatan pelatih, pergerakan pelatih hendaklah diberitahu atau dimaklumkan kepada guru kursus atau guru bengkel apabila hendak keluar dari kawasan Pusat semasa waktu latihan. bagi memudahkan urusan berkenaan, Kad Pergerakan Pelatih akan diedarkan kepada pelatih.

11.Cuti sakit hendaklah dimaklumkan seawal mungkin setelah mendapat kebenaran dari pihak hospital atau klinik kerajaan. Tanpa berbuat demikian tindkan disiplin akan diambil.

12.Selepas tamat waktu latihan, pelatih tidak dibenarkan berada di dalam kawasan Pusat GIATMAR kecuali ditemani oleh guru kursus berkenaan.

13.Peralatan kerja bengkel dan peralatan sukan tidak dibenarkan sama sekali dibawa keluar dari kawasan Pusat GIATMARA tanpa kebenaran guru bengkel atau guru sukan.

14.Setiap aktiviti atau latihan projek luar yang hendak disenggarakan atau dikerjakan hendaklah mendapat kebenaran serta perlu memohon 2 hari dari tarikh yang diperlukan dari pihak Pengurus Pusat GIATMARA terlebih dahulu.

15.Pelawat, tetamu, kaum keluarga dan sebagainya yang hendak berurusan dengan pelatih hendaklah memaklumkan serta mendapat kebenaran dari pihak Pengurusan terlebih dahulu dan tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam bengkel. Bilik perjumpaan telah disediakan untuk urusan berkenaan.

16.Sekiranya ada pelatih yang mempunyai masalah atau persoalan yang hendak dikemukakan boleh berbuat demikian kepada guru kursus atau mana-mana guru yang difikirkan sesuai untuk merujuk masalah berkenaan.

17.Apabila hendak membuat perjumpaan peribadi dengan Pengurus Pusat GIATMARA hendaklah memaklumkan serta mendapat kebenaran melalui guru kursus atau guru bengkel terlebih dahulu.

18.Kenderaan Pelatih hendaklah ditempatkan di kawasan atau tempat letak kenderaan yang telah disediakan Pelatih.

19.Pihak GIATMARA tidak akan bertanggungjawab di atas sesuatu kecederaan, kemalangan atau kematian yang berpunca dari kelalaian atau kecuaian atau ketidak kesempurnaan kerja yang dilakukan berbangkit daripada sesuatu kejadian kepada Pelatih oleh pihak GIATMARA, wakil-wakilnya atau pekerja-pekerjanya semasa melaksanakan kerja-kerja yang dilakukan mereka.

20.Dalam hal-hal berkenaan dengan keselamtan Pelatih dalam latihan, Pelatih adalah dimestikan membeli Insuran Berkelompok.

Jika didapati bahawa Pelatih telah tidak mematuhi apa-apa kehendak atau syarat yang dibuat di atas, kecuali telah mendapat kebenaran Pihak GIATMARA, maka dan dalam mana-mana hal yang demikian itu bolehlah Pihak GIATMARA mengikut budi-bicaranya yang mutlak memberhentikan latihannya atau di mana difikirkan perlu Pelatih dikenakan tindakan disiplin yang sewajarnya.

Dalam mana-mana hal yang menjadikan Pelatih diberhentikan latihannya maka Pelatih tidak berhak kepada apa-apa faedah di bawah Perjanjian GIATMARA, Pelatih dan Penjamin-penjamin hendaklah bertanggungjawab untuk membayar balik segala ganti rugi berupa wang kepada GIATMARA.

Dalam hal perkara diatas adalah Peraturan-Peraturan dan Syarat-Syarat tambahan kepada yang sedia ada.

Cara Permohonan Kursus di GIATMARA

Pengambilan 2 kali setahun, pada bulan Januari dan Julai.
Borang permohonan boleh didapati di Pusat GIATMARA.

Temuduga Peserta PUTEK

Temuduga Peserta PUTEK

Tempat : PGM Sri Aman
Tarikh : 9 April 2007
Masa : 8.00 a.m.

Peserta Temuduga
1. Bekas Pelatih PGM Sri Aman
2. Bekas Pelatih PGM Lubok Antu

Statistik Bilangan Pelatih Bagi Setiap Sesi



Pereka Gaya Rambut Dan Kecantikan

Jangka Masa Kursus : 6 Bulan
1. Keselamatan
2. Kecantikan

Organisasi Pentadbiran Pusat GIATMARA Sri Aman 2005

Pengurus
Osman Abdul Razak

Pembantu Tadbir
Rosni Binti Wahid

Penyelenggara Stor
Syed Safian Bin Syed Ali

Kursus Pembantu Juruteknik Sistem Komputer
Tenaga Pengajar

  1. Kamaludin Bin Husain
  2. Norazizah Binti Hashim

Organisasi Pentadbiran Pusat GIATMARA Sri Aman 2006

Pengurus
Rodihartoni Bin Ali

Pembantu Tadbir
Rosni Binti Wahid

Penyelenggara Stor
Syed Safian Bin Syed Ali

Kursus Pembantu Juruteknik Sistem Komputer
Tenaga Pengajar

  1. Kamaludin Bin Husain
  2. Norazizah Binti Hashim
Kursus Pereka Gaya Rambut Dan Kecantikan
Tenaga Pengajar
  1. Halizah Binti Ngatijo

Pertandingan Kemahiran Malaysia

Pertandingan Kemahiran Malaysia Peringkat Negeri Sarawak 2007

Tempat : Pusat GIATMARA Petra Jaya
Tarikh : 12 & 13 Mac 2007

Peserta :
Kursus Pembantu Juruteknik Sistem Komputer
1. Muhd Nursalam Al Hafiz Bin Osman
2. Dayang Zaima Azeanty

Kursus Pereka Gaya Rambut Dan Kecantikan
1. Nur Aimira Fardilla
2. Nur An-Niesha

Keputusan :
Johan - Muhd Nursalam Al Hafiz Bin Osman (PGM Sri Aman)
Naib Johan - Dayang Zaima Azeanty (PGM Sri Aman)

Logo GIATMARA





Sejarah Pusat GIATMARA Sri Aman

Pusat GIATMARA Sri Aman (PGM Sri Aman) telah ditubuhkan pada 03hb Mei 2005. Ia terletak di dalam Bandar Sri Aman. Pada awalnya Pusat GIATMARA Sri Aman ini adalah Bangunan Kuarters Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Sri Aman. PGM Sri Aman beroperasi dengan kebenaran Pegawai Daerah Sri Aman tanpa sewaan sehingga tapak kekal diperolehi.

Lokasi PGM Sri Aman Adalah di Bahagian Zon Tengah Negeri Sarawak. Zon Tengah Negeri Sarawak merangkumi PGM Sri Aman, PGM Lubok Antu, PGM Betong dan PGM Saratok.

Sri Aman terkenal dengan fenomena benak iaitu sebuah fenomena yang berlaku semasa air pasang. Pesta benak diadakan setiap tahun di Sri Aman.




Jumlah penduduk di Sri Aman ialah seramai 88 006 orang. Statistik penduduk adalah seperti Jadual 1 dibawah:

Bilangan Penduduk Berdasarkan Suku Kaum

Bumiputera

Iban

58,066

Melayu

18,442

Bidayuh

526

Melanau

262

Lain-lain

151

Bukan Bumiputera

Cina

10,524

Lain-lain

35

Jumlah

88,006


Jadual 1 : Statistik penduduk di Parlimen Sri Aman,Sarawak.


Kawasan Parlimen (P) dan Dewan Undangan Negeri (DUN) adalah seperti Jadual 2 dibawah :

Kawasan Parlimen

Kod

Nama Kawasan

Nama Ahli Parlimen

P.176

Sri Aman

YB En. Jimmy Donald

Kawasan Dewan Undangan Negeri (ADUN)

Kod

Nama Kawasan

Nama Ahli Parlimen

N.22

Sebuyau

YB Julaihi Narawi

N.23

Lingga

YB Hajjah Simoi Peri

N.25

Balai Ringin

YB Snowdan Lawan

N.26

Bukit Begunan

YB Mong Dagang

N.27

Simanggang

YB Francis Harden Hollis

N.28

Engkilili

YB Dr. Johnical Rayong Ngipa

N.29

Batang Ai

YB Dulin Unting Ingkot


Jadual 2 .Kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri



SENARAI KETUA MASYARAKAT


Senarai Temenggung, Pemancar, Penghulu, Ketua Kampung sekitar Sri Aman adalah seperti dibawah :.
Temenggung (Jadual 3)

Nama

Suku Kaum

Tan Chong Meng @ Chan Chong Meng

Cina

Micheal Pilo ak. Gangga

Iban

Haji Bujang B. Mohamad

Melayu



Pemanca (Jadual 4)

Nama

Kawasan

Suku Kaum

Hj. Abg. Bohari B. Hj. Zen

Sri Aman

Melayu

Samuel ak. Lawen

Sri Aman

Iban

Sii Toh Ping

Sri Aman

Cina



Penghulu Dan Ketua Kampung (Jadual 5)

Suku Kaum

Penghulu

Ketua Kampung

Iban

19

500

Cina

5

15

Melayu

4

26