Program Terus Ke IKM Pengambilan Januari 2009
Program ini adalah terbuka kepada pelatih-pelatih yang mempunyai kelayakan SPM boleh memohon untuk kemasukkan terus ke IKM tanpa melalui program artikulasi untuk kemasukan Januari 2009.
Syarat-Syarat Kemasukan Terus Ke IKM
1. Mempunyai Sijil GIATMARA hanya dalam bidang-bidang seperti berikut
3. Mendapat kebenaran daripada keluarga / ibubapa.
4. Semua calon dikehendaki mengisi dengan lengkap lampiran *borang permohonan yang
disertakan beserta pengesahan dari Pengurus GIATMARA beserta sijil-sijil yang diperlukan.
Bekas lepasan pelatih-pelatih GIATMARA Sri Aman yang berminat untuk mengikuti program ini amatlah dialu-alukan dan sekiranya berminat boleh mendapatkan borang ini di GIATMARA Sri Aman. Tarikh tutup permohonan ini adalah sebelum 30 Oktober 2008 ini.1. Mempunyai Sijil GIATMARA hanya dalam bidang-bidang seperti berikut
- Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara
- Elektronik Industri
- Juruteknik Sistem Komputer
- Teknologi Binaan Bangunan
- Teknologi Elektrik Domestik
- Fabrikasi Logam dan Kimpalan
- Teknologi Perabot
- Teknologi Lanskap
- Hiasan Dalaman / Pembuat Alas
- Industrial Maintenance
3. Mendapat kebenaran daripada keluarga / ibubapa.
4. Semua calon dikehendaki mengisi dengan lengkap lampiran *borang permohonan yang
disertakan beserta pengesahan dari Pengurus GIATMARA beserta sijil-sijil yang diperlukan.
MAKLUMAT PROGRAM DAN PENEMPATAN
- Pelatih yang berjaya akan ditempatkan terus ke Semester 2 di IKM Sik, Kedah.
- Kadar elaun pelatih am adalah selaras dengan kadar elaun yang diterima oleh pelatih IKM sedia ada.
Organisasi Pentadbiran GIATMARA Sri Aman 2008 (Terkini)
Pengurus
Mohd Nazib bin Pabeli
Pembantu Tadbir
Rosni Binti Wahid
Penyelenggara Stor
-
Kursus Pembantu Juruteknik Sistem Komputer
Tenaga Pengajar
- Mohd Khairul Azha bin Haji Azahari
Tenaga Pengajar
1. Halizah Binti Ngatijo
2. Sabrina binti Abd Rahim
Majlis Penyampaian Sijil Kemahiran GIATMARA Sesi Januari-Jun 2008 :: GM Sri Aman & GM Lubok Antu
Majlis Penyampaian Sijil Kemahiran GIATMARA Sesi Januari-Jun 2008 bagi GIATMARA Sri Aman dan GIATMARA Lubok Antu telah diadakan pada 26 Jun 2008. Majlis apresiasi ini adalah julung kali diadakan diantara kedua-dua GM ini.
Pelatih-pelatih yang menerima sijil adalah dari kursus Pembantu Juruteknik Sistem Komputer (PJSK) dan Jurukecantikan (JK) untuk GM Sri Aman. Manakala dari GM Lubok Antu, pelatih-pelatih yang menerima sijil adalah dari kursus Teknologi Automotif (TA) dan Jahitan Pakaian (JP).
Majlis yang dihadiri oleh wakil Pejabat Daerah, wakil Jabatan-Jabatan Kerajaan serta Ketua Masyarakat diserikan dengan persembahan koir "Di Mercu" dari GM Sri Aman dan sketsa jua koir "Warisan" dari GM Lubok Antu.
Koir "Warisan" dari GM Sri AmanKemuncak majlis adalah dengan penganugerahan Anugerah Kehadiran Terbaik, Anugerah Pelatih Amali Terbaik dan Pelatih Keseluruhan Terbaik. Antara penerima anugerah-anugerah tersebut ialah:
Anugerah Kehadiran Terbaik
Penyampaian cenderahati kepada wakil dari Pejabat Daerah.
Staf GM Sri Aman & GM Lubok AntuObjektif GIATMARA
- Meningkatkan bilangan Bumiputera yang mempunyai kemahiran teknikal dan vokasional yang bersesuaian dengan keperluan negara.
- Menambahkan bilangan bakal usahawan Bumiputera yang berdaya saing di pasaran terbuka.
- Meningkatkan bilangan tenaga pengajara yang kompeten dan berkelayakan dalam bidang teknikal / vokasional.
- Meningkatkan keyakian pihak 'stakeholder' dan industri terhadap keupayaan pelatih lepasan GIATMARA.
Misi GIATMARA
Menyediakan latihan teknikal dan vokasional yang berkualiti dan memenuhi kehendak komuniti dan negara bagi mewujudkan tenaga mahir dan bakal usahawan yang berdaya saing.













